Adakah boleh berdoa secara berjamaah (beramai-ramai) setelah
selesai sholat ? maka jawabannya tidak boleh. berdoa secara berjamaah
(beramai-ramai) adalah Bid’ah, tidak terbukti dari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa
sallam atau salah seorang dari Khulafa ‘Ar-Rashidin. Berdoa selepas sholat
secara berjamaah ( beramai-rami ) lalu menyambungnya dengan mengucapkan Amin,
maka ia menunjukkan bahwasannya cara ini adalah cara ahli Bid’ah, tidak
terbukti dan Nabi Sallallhu ‘alaihi wa sallam ataupun tidak dari seorangpun
para sahabatnya.
Selanjutnya bolehkah membaca Al-Qur’an secara berjama’ah
(beramai-ramai) ? Kita katakan,.. apabila seseorang membaca dan selebihnya
mendengar maka ini di bolehkan. Adapun, apabila mereka semua membaca secara
bersamaan dan serentak mereka mencelarukan antara yang satu dengan yang lain.
Maka ini adalah cara Ahli Bid’ah dan tidak di bolehkan.
Jadi berdoa secara beramai-ramai dan membaca Al-Qur’an
beramai-ramai secara serentak, maka ini tidak pernah di lakukan oleh Nabi
Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu ‘anhum ajm’ain.
Wallahu A’lam J
0 komentar:
Posting Komentar